SALAM GAYONG, SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT BERBUKA. SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN.

Monday, October 4, 2010

Sehari di Gayong Perdana 2010

Pada hari Sabtu 2hb.10.2010, aku ke Gayong Perdana selepas bersarapan pagi di rumah. Lalu aku terus berjalan kaki dari rumah ke stesen LRT yang berdekatan dalam keadaan tergesa-gesa tetapi pantas kerana mengejar masa.

Setelah tiba di stesen LRT, aku terus mendapatkan kereta api yang menuju ke lokasi tersebut. Hampir 2 kereta api perlu tukar dalam 1 masa. Setelah tiba di kawasan Ampang, aku terus mencari lokasi tersebut berdasarkan peta yang dibawa.

Aturcaranya bermula pada pukul 9 pagi hingga 6 petang. Kata pihak pentadbir, anak-anak gayong perlu sampai lebih awal sebelum pukul 9. Setelah sampai, aku dapati ramai pesilat sedang berlatih (raptai) membuat demo di tengah padang. Ramai juga anak gayong yang turun padang pada hari tersebut..

Syukur alhamdulillah.., akhirnya dapat juga aku sampai ke lokasi dengan selamat. Aku sangka "aku seorang sahaja yang lambat sampai..tetapi ramai lagi yang lambat". Cuba bayangkan betapa ramainya anak gayong turun padang dan beraksi kira-kira dalam 5000 lebih dari seluruh negara termasuk wakil Syria, United Kingdom dan France.

Setelah melihat anak-anak gayong membuat latihan raptai sebagai persediaan sebelum kedatangan PM, aku terus mencari rakan kenalanku serta cikgu silat yang pernah mengajarku selama ini.

Akhirnya dapat juga aku bertemu dengan cikguku dan bersalam-salaman serta berborak panjang. Aku gembira kerana dapat bertemu dengan cikguku sejak sekian lama aku merantau. Siapa tidak gembira jika anak muridnya dapat bertemu dengan cikgunya?

Setelah berjumpa dengan cikguku, lalu aku bergambar untuk buat kenang-kenangan serta mengenali rakan baru yang datang dari pelbagai negeri masing-masing. Bukan itu sahaja malah turut bersalam-salaman dengan barisan guru silat.

Tiba-tiba cikgu memanggil semua anak gayong berlatih buat kali kedua di tengah padang, lalu aku mengikut serta bersama. Walaupun rumput basah dan berlecak kerana hujan tetapi semangat pesilat tidak pernah luntur. Sebaliknya mengendahkan dan terus berlatih.

Pada waktu tengah harinya, aku dan rakan-rakan ke sebuah restoran yang berdekatan untuk mengisi perut yang kosong dan bersiap-siap untuk aturcara majlis seterusnya. Masa yang dinanti-nantikan, akhirnya Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak kelihatan.

Pelbagai aktiviti menarik yang berlangsung seperti nyanyian, doa, ucapan, penerimaan sandang dan bengkong serta pertunjukan demonstrasi. Sesungguhnya ini merupakan hadiah yang cukup bermakna buat anak-anak gayong Malaysia, kata cikgu Rahim atau lebih dikenali sebagai Naga Chini.

Walaupun masa sudah berlalu, ianya takkan lupa buat selama-lamanya. Diharap pihak pentadbir dapat lagi membuat perjumpaan anak-anak gayong secara besar-besaran di lain hari.