SALAM GAYONG, SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT BERBUKA. SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN.

Saturday, December 18, 2010

Thursday, December 2, 2010

Malaysia Bakal Melahirkan Ramai Pesilat

Jika dahulu, ramai rakyat mendalami ilmu persilatan tetapi kini telah berkurangan.. Di Tanah Melayu ketika itu kaya dengan silat dan antara tokoh-tokoh pendekar ialah seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Kasturi, Hang Lekiu dan ramai lagi.


Walaupun kini negara telah maju dengan teknologi moden tetapi silat tidak lagi hilang di dunia. Silat masih kekal meneruskan perjuangan untuk berkembang ke seluruh dunia. Antaranya ialah PSSGM, PSSLM dan sebagainya.

Pada 28 Februari 2010, PERDANA MENTERI MELULUSKAN PEMBINAAN WISMA DAN PENUBUHAN AKADEMI PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA (PSSGM) di De Palma Hotel Ampang menjadi amat bermakna apabila diumumkan bahawa pembinaan Wisma Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia dipersetujui.


Selepas itu pula, pada 4 November 2010 PERTUBUHAN SILAT SENI LINCAH MALAYSIA (PSSLM) bercadang untuk membina pusat silat yang mengandungi dewan serbaguna, hostel dan banglo di
Sri Gombak, Batu Caves dan dijangka siap 10bulan dari cadangan tersebut.

Gambar diatas ialah pelan membina pusat silat lincah. Tahniah diucapkan kepada PSSLM.

BERITA HARIAN, 2 DISEMBER 2010
Baru-baru ini, sebanyak 6 gelanggang silat yang akan dibina di Melaka dan dirasmikan oleh MB Melaka, Dato Seri Mohd Ali Rustam. Setiap gelanggang silat yang akan dibina mempunyai padang yang luas dan boleh memuatkan para ahli pesilat untuk mengadakan demonstrasi dan sebaliknya.

Dengan adanya gelanggang dan pusat silat ini, kita dapat menarik perhatian masyarakat untuk melihat keunikan silat. Selain itu juga, dapat mengekalkan adat resam setiap pertubuhan silat di Malaysia. Dengan kemudahan ini, pertubuhan silat dapat mewujudkan aktiviti-aktiviti keramaian untuk para pesilat atau majlis rasmi dan tidak perlu lagi untuk menyewa tempat khas.

Sekian.

Tuesday, October 12, 2010

Gambar Kenangan di Gayong Perdana 2010

Bergambar Kenangan..



Ketika bersarapan di sebuah Restoran




Waktu tengah hari, ezad belanja makan., tapi makan cendol jela, huhu... alhamdulillah bersyukur sebab bukan senang nak dapat orang belanja ni.




Bergambar bersama PM tapi dalam poster jela, hehehe...




Wednesday, October 6, 2010

Kini., hanya tinggal kenangan..

Barisan Anak Gayong


Ketibaan YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak





Ikrar Gayong



TV3?


Ucapan oleh MB Negeri Sembilan, Dato Hassan



Ucapan oleh PM, Dato' Seri Najib


Demonstrasi "Parang" oleh para jurulatih PSSGM


ZZZAAATTT....!


Pemecahan



Monday, October 4, 2010

Sehari di Gayong Perdana 2010

Pada hari Sabtu 2hb.10.2010, aku ke Gayong Perdana selepas bersarapan pagi di rumah. Lalu aku terus berjalan kaki dari rumah ke stesen LRT yang berdekatan dalam keadaan tergesa-gesa tetapi pantas kerana mengejar masa.

Setelah tiba di stesen LRT, aku terus mendapatkan kereta api yang menuju ke lokasi tersebut. Hampir 2 kereta api perlu tukar dalam 1 masa. Setelah tiba di kawasan Ampang, aku terus mencari lokasi tersebut berdasarkan peta yang dibawa.

Aturcaranya bermula pada pukul 9 pagi hingga 6 petang. Kata pihak pentadbir, anak-anak gayong perlu sampai lebih awal sebelum pukul 9. Setelah sampai, aku dapati ramai pesilat sedang berlatih (raptai) membuat demo di tengah padang. Ramai juga anak gayong yang turun padang pada hari tersebut..

Syukur alhamdulillah.., akhirnya dapat juga aku sampai ke lokasi dengan selamat. Aku sangka "aku seorang sahaja yang lambat sampai..tetapi ramai lagi yang lambat". Cuba bayangkan betapa ramainya anak gayong turun padang dan beraksi kira-kira dalam 5000 lebih dari seluruh negara termasuk wakil Syria, United Kingdom dan France.

Setelah melihat anak-anak gayong membuat latihan raptai sebagai persediaan sebelum kedatangan PM, aku terus mencari rakan kenalanku serta cikgu silat yang pernah mengajarku selama ini.

Akhirnya dapat juga aku bertemu dengan cikguku dan bersalam-salaman serta berborak panjang. Aku gembira kerana dapat bertemu dengan cikguku sejak sekian lama aku merantau. Siapa tidak gembira jika anak muridnya dapat bertemu dengan cikgunya?

Setelah berjumpa dengan cikguku, lalu aku bergambar untuk buat kenang-kenangan serta mengenali rakan baru yang datang dari pelbagai negeri masing-masing. Bukan itu sahaja malah turut bersalam-salaman dengan barisan guru silat.

Tiba-tiba cikgu memanggil semua anak gayong berlatih buat kali kedua di tengah padang, lalu aku mengikut serta bersama. Walaupun rumput basah dan berlecak kerana hujan tetapi semangat pesilat tidak pernah luntur. Sebaliknya mengendahkan dan terus berlatih.

Pada waktu tengah harinya, aku dan rakan-rakan ke sebuah restoran yang berdekatan untuk mengisi perut yang kosong dan bersiap-siap untuk aturcara majlis seterusnya. Masa yang dinanti-nantikan, akhirnya Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak kelihatan.

Pelbagai aktiviti menarik yang berlangsung seperti nyanyian, doa, ucapan, penerimaan sandang dan bengkong serta pertunjukan demonstrasi. Sesungguhnya ini merupakan hadiah yang cukup bermakna buat anak-anak gayong Malaysia, kata cikgu Rahim atau lebih dikenali sebagai Naga Chini.

Walaupun masa sudah berlalu, ianya takkan lupa buat selama-lamanya. Diharap pihak pentadbir dapat lagi membuat perjumpaan anak-anak gayong secara besar-besaran di lain hari.

Friday, August 20, 2010

PERHIMPUNAN GAYONG PERDANA 2010

PADA 2HB OKT 2010, Pihak PSSGM KEBANGSAAN AKAN MENGADAKAN MAJLIS
PERHIMPUNAN GAYONG PERDANA . SELURUH AHLI PSSGM DI SETIAP NEGERI AKAN BERKUMPUL negeri SELANGOR TEMPAT AKAN DI MAKLUM KAN .

SELEPAS DI BINCANGKAN BERSAMA HANYA 5 RIBU PERSILAT AKAN BUAT PERSEMBAHAN DI TARIKH TERSEBUT. DI FAHAMKAN JUGA GAYONG DI LUAR NEGARA YANG DI BAWAH PSSGM KEBANGSAAN AKAN HANTAR WAKIL PADA MAJLIS TERSEBUT.

SEMUA PESILAT2 PSSGM YANG PERNAH MENJADI JAGUH DUNIA DALAM KEJOHANAN SILAT OLAHRAGA AKAN DI BERI PERHORMATAN PADA MEREKA PADA MAJLIS TERSEBUT.

SAMA2 KITA BERDOA AGAR MAJLIS AKAN DATANG INI MENDATANGKAN SEMANGAT ANAK2 MELAYU (ANAK2 GAYONG) MENUJU KE ARAH IKATAN YANG MEMBAWA ERTI BER SATU HATI.
INSYALLAH..