SALAM GAYONG, SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT BERBUKA. SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN.

Saturday, December 18, 2010

Thursday, December 2, 2010

Malaysia Bakal Melahirkan Ramai Pesilat

Jika dahulu, ramai rakyat mendalami ilmu persilatan tetapi kini telah berkurangan.. Di Tanah Melayu ketika itu kaya dengan silat dan antara tokoh-tokoh pendekar ialah seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Kasturi, Hang Lekiu dan ramai lagi.


Walaupun kini negara telah maju dengan teknologi moden tetapi silat tidak lagi hilang di dunia. Silat masih kekal meneruskan perjuangan untuk berkembang ke seluruh dunia. Antaranya ialah PSSGM, PSSLM dan sebagainya.

Pada 28 Februari 2010, PERDANA MENTERI MELULUSKAN PEMBINAAN WISMA DAN PENUBUHAN AKADEMI PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA (PSSGM) di De Palma Hotel Ampang menjadi amat bermakna apabila diumumkan bahawa pembinaan Wisma Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia dipersetujui.


Selepas itu pula, pada 4 November 2010 PERTUBUHAN SILAT SENI LINCAH MALAYSIA (PSSLM) bercadang untuk membina pusat silat yang mengandungi dewan serbaguna, hostel dan banglo di
Sri Gombak, Batu Caves dan dijangka siap 10bulan dari cadangan tersebut.

Gambar diatas ialah pelan membina pusat silat lincah. Tahniah diucapkan kepada PSSLM.

BERITA HARIAN, 2 DISEMBER 2010
Baru-baru ini, sebanyak 6 gelanggang silat yang akan dibina di Melaka dan dirasmikan oleh MB Melaka, Dato Seri Mohd Ali Rustam. Setiap gelanggang silat yang akan dibina mempunyai padang yang luas dan boleh memuatkan para ahli pesilat untuk mengadakan demonstrasi dan sebaliknya.

Dengan adanya gelanggang dan pusat silat ini, kita dapat menarik perhatian masyarakat untuk melihat keunikan silat. Selain itu juga, dapat mengekalkan adat resam setiap pertubuhan silat di Malaysia. Dengan kemudahan ini, pertubuhan silat dapat mewujudkan aktiviti-aktiviti keramaian untuk para pesilat atau majlis rasmi dan tidak perlu lagi untuk menyewa tempat khas.

Sekian.