Wednesday, November 30, 2011
Friday, September 9, 2011
Blaise Loong??
Torké Blaise Loong ialah Ketua Jurulatih Akademi Perang Blays-Halla. Blaise mengabdikan diri mempelajari Seni Perang selama lebih 20 tahun. Beliau telah menghabiskan sebahagian besar daripada hidupnya (sejak 1979) sebagai pelatih peribadi Sifu Dan Inosanto. Dengan diberi keizinan untuk mengajar kedua-dua seni bela diri Filipina and Jun Fan sejak 1981, Blaise bersungguh-sungguh mengekalkan kedua-dua Sistem Lacoste/Inosanto dan Kaedah Tempur Gaya Bruce Lee dalam bentuk aslinya.
Blaise juga mendapat keistimewaan berlatih secara perseorangan dengan beberapa guru peribadi Sifu Inosanto, beberapa tahun sebelum mereka dikenali ramai. Mereka termasuklah Mahaguru Leo Giron dari Bahala Na Antarabangsa, Mahaguru Edgar Sulite dari Lameco Eskrima Antarabangsa (murid persendirian 1992-1997), dan Cikgu Sulaiman Sharif dari Silat Seni Gayong Amerika. Pada 1980, Blaise memperkenalkan Ajarn Chai Sirisute kepada Sifu Inosanto, yang telah menghubungkan Akademi Kali Filipina dengan Persatuan Tomoi Amerika.
Ekoran nasihat daripada Sifu Inosanto, Blaise kerap pergi ke Asia Tenggara demi untuk memperbaiki kemahiran tempurnya. Blaise telah tinggal dengan orang Minangkabau di Sumatra, orang Tausug di Sulu, dan dengan petapa tua Wali Suci di Jawa Tengah. Setiap daripada puak tersebut adalah penganut Islam yang taat. Walaupun Blaise ialah seorang penganut Kristian yang mempercayai Nabi Isa, beliau dapat mengatasi prasangka anti-Barat dan anti-Kristian dengan menjadi orang bukan Islam pertama pernah diajar sebahagian daripada rahsia seni perang puak tersebut yang dijaga rapi turun-temurun. Blaise kemudiannya diberikan nama Islam dan gelaran Melayu,Hulubalang. Blaise seterusnya diberi penghormatan apabila hulubalang lagenda Bugis Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman, pemimpin lebih 800,000 pahlawan, dengan rasminya mengambil beliau sebagai anak angkat.
Dengan mewarisi sebahagian darah dayak suku Chiricahua, Blaise mengesan saudara-maranya di San Carlos dan Kawasan Petempatan Dayak Fort Apache di Arizona Tenggara. Selepas membuktikan dirinya berguna di hadapan tetua dayak, guru-guru tua dayak (sejak 1985) telah dengan teliti melatih Blaise dalam 3 perkara : memburu dan ikhtiar hidup, Nagondzog -- sejenis ilmu perang gerila dayak yang unik, dikenali umum kerana digunakan oleh panglima perang seperti Geronimo dan Cochise, dan Diyin, ilmu kebatinan kaum dayak.
Pencarian seni perang Blaise akhirnya membawa beliau ke Skandinavia, yang mana beliau telah tinggal dan berlatih di beberapa buah kampung terpencil di lingkungan Artik, mempelajari seni perang purba milik orang Norse. Nama seperti Sigurd Krystalsson, Thorfinn Sigmundsson, dan Kulbay Torsson telah mengajar Blaise menggunakan pedang, perisai, lembing, kapak, panah, pisau, dan tukul besi.
Pada 1985, Blaise telah dipanggil untuk membantu menubuhkan kursus pertarungan untuk Pasukan Khas(Udara) yang Pertama -- pasukan ala Komando Beret Hijau. Blaise sejak itu telah melatih kakitangan Operasi Khas dalam 3 perkara : neutralisasi sentri [tangan kosong, pisau, tali penjerut leher], penamatan jarak dekat, dan penggunaan apa-apa sahaja senjata yang ada ["teknologi orang zaman batu"].
Kesemua pengetahuan tempur yang terkumpul -- SENI PERANG, sebagaimana yang kita kenali -- diajar dan dimahirkan di Akademi Perang Blays-Halla, tempat di mana para pahlawan dilahirkan!
Dato'Meor Abdul Rahman, hulubalang lagenda Bugis dengan murid seramai lebih 800,000. Saya diberikan penghormatan apabila diambil sebagai anak angkat dengan secara rasmi oleh beliau pada Disember 1990. Gambar foto ini dirakamkan dekat rumahnya di Taiping, Perak.
Gambar keluarga. Dato' bersama-sama dengan anak perempuannya Cikgu Kalsom, cucu-cucu, beberapa orang murid kepercayaannya, dan saya.
Saya berlatih secara persendirian dengan Cikgu Sulaiman Sharif pada awal 1990-an. Cikgu Aiman ialah wakil Dato' yang dilantik untuk mengembangkan Silat Seni Gayong di Amerika Syarikat.
Sijil Gayong saya.
Kad Gayong saya dengan nombor siri #001.
Waalahu'alam..
Thursday, September 8, 2011
Sediakan Payung Sebelum Hujan..
Berhati-hatilah wahai anak-anak gayong tidak terkecuali juga kepada semua lapisan masyarakat. Zaman kini, walaupun teknologi sudah maju tetapi mereka inginkan wang dalam masa yang singkat dengan melakukan jenayah ragut, peras ugut, buli dan sebagainya. Salah satu taktik terbaru mereka seperti di atas.
Banyak lagi kerja yang boleh dilakukan untuk mencari wang. Contohnya kerja di kedai buku, restoran, kerani di pejabat dan lain-lain lagi. Balik kepada tajuk kita hari ini ialah "Sediakan Payung Sebelum Hujan".
Kita jangan jadi mangsa, sebaliknya kita tahu apa strategi kita. Apa langkah-langkah yang perlu di ambil sekiranya berlaku sebegini rupa. Jadi berhati-hatilah menjaga keselamatan diri kita dan barang-barang disayangi.
PS
Seelok-eloknya jangan keluar+makan serta berchatting (on-line) ketika lewat malam di kedai-kedai mamak atau sebaliknya, beginilah jadinya.
Wednesday, August 24, 2011
Salam takziah..
Sama-sama kita berdoa اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه
Monday, August 22, 2011
Cikgu Rahman Hassan Nibong Tebal meninggal dunia.
Subhanallah dimaklumkan Cikgu Rahman Hassan (Gayong Pusaka) dari Nibong Tebal meninggal dunia kemarin 20 Ogos 2011 lebih kurang 3.00 ptg. Kemalangan jalan raya. InsyaAllah akan dikebumikan jam 11.00 pagi hari ini di Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Mari kita doakan agar rohnya dirahmati dan diampuni, apatah lagi pada bulan yang penuh berkat ini.
Wassalam.
Sunday, August 21, 2011
Sunday, July 31, 2011
Monday, July 25, 2011
Friday, July 15, 2011
Seminar Gayong 2011
Bertempat di gelanggang wajadiri Taman Nirwana, Ampang. Dengan kadar bayaran RM20 sahaja. Berkongsi pengalaman corak latihan / adat / antara Malaysia dan United Stated America (U.S.A).
Semoga dengan kehadiran semua pengamal silat gayong dan beladiri dapat memupuk semangat antara dua negara.
Tuesday, July 12, 2011
Sunday, May 22, 2011
Update lagi video Perdana Gayong 2010
Sesiapa yang pergi Perdana Gayong tahun lepas, sila lihat video ini. Meremang bulu roma saya apabila melihat video ini. Hehehe.. Semoga berseronok.